PUSAT SUMBER SEKOLAH SK LKTP CHEMPLAK

Membudayakan Ilmu, Mengoptimumkan Sumber

Visi PSS SK LKTP Chemplak

Kami komited untuk mencapai visi dan misi kami.

Misi PSS SK LKTP Chemplak

Kami komited untuk mencapai visi dan misi kami.

4 bidang utama PSS SK LKTP Chemplak

Menjayakan aspirasi pendidikan dan melaksanakan tugas selaras dengan 4 bidang utama Pusat Sumber Sekolah

Motto PSS SK LKTP Chemplak

Membudayakan Ilmu, Mengoptimumkan Sumber

Saturday, December 8, 2018

MAKLUMAN: Pengawas PSS - Program Gotong Royong


Makluman Terhad Kepada Pengawas PSS SK LKTP Chemplak.

PSS tahun 2019 akan diubahsuai mengikut keperluan semasa dan kemudahan yang akan diberikan kepada pelajar sekolah ini. Sehubungan dengan ini, pada program gotong royong PSS Bil. 1/2019 nanti, diharap pengawas PSS semua dapat bersama-sama hadir dan menyusun atur perabot seperti yang dicadangkan.

Buku-buku juga akan dikelas mengikut kod Nilam seperti berikut:

Fiksyen Melayu (FM) dan Fiksyen Inggeris (FI) akan dikelaskan mengikut jumlah muka surat agar memudahkan pelajar memilih dan merekod buku bacaan mereka kedalam rekod bacaan Nilam mereka.

Tentatif aktiviti pada hari tersebut ialah:

Tarikh : 23 & 24 Disember 2019
Tempat : Perpustakaan SK LKTP Chemplak

08.00 Pagi - Berkumpul dan taklimat
08.15 Pagi - Pembahagian kumpulan
08.30 Pagi - Menyusun atur perabot dan membersihkan perpustakaan
10.00 Pagi - Rehat
10.30 Pagi - Menyusun buku mengikut gred bacaan
12.00 Tgh - Bersurai

Untuk makluman, pengawas diminta membawa sendiri bekal makanan dan minuman untuk dimakan sewaktu rehat kerana tiada makanan dan minuman yang akan disediakan buat masa ini. Pelajar juga diminta untuk membawa kelengkapan seperti kain buruk, baldi, dan sebagainya. Diharap makluman ini dapat disampaikan kepada ibubapa/penjaga masing-masing.

Sumbangan untuk makanan dan minuman juga dialu-alukan. Sila hubungi penyelaras PSS, Encik Fitrie Othman ditalian 01113200328 untuk tujuan sumbangan dan pertanyaan.


Layout PSS 2018


Cadangan Layout PSS 2019


Petunjuk


Wednesday, December 5, 2018

INFO: e-IQRA' Perpustakaan Digital


JK PSS SK LKTP Chemplak telah mencipta laman untuk bacaan secara atas talian buat semua pelajar. Laman yang dipanggil e-Iqra' itu menempatkan bahan-bahan bacaan atas talian untuk pelajar-pelajar sekolah ini khasnya. *Klik web version jika anda menggunakan telefon pintar untuk melayari e-Iqra ini.

Anda boleh ke laman bacaan tersebut dengan hanya mengklik logo e-Iqra' dibahagian kanan blog ini. Buat masa ini, tiada kata laluan akan diset kepada laman tersebut. Pelajar juga boleh merekodkan bacaan anda didalam buku rekod NILAM dibawah kategori Bahan Bukan Buku.


Logo e-Iqra'
Perpustakaan Digital SK LKTP Chemplak

Kepada pelajar yang berminat untuk menulis dan menerbitkan e-buku anda, sila berhubung dengan Penyelaras PSS (Cikgu Fitrie Othman) untuk makluman lanjut. e-buku anda akan dimuat naik di e-Iqra' untuk menjadi salah satu bahan bacaan buat anda dan rakan-rakan anda.

Monday, December 3, 2018

INFO: Jadual Bertugas Pengawas PSS


Info dan makluman kepada semua pengawas PSS SK LKTP Chemplak 2019, berikut disertakan jadual bertugas untuk tahun 2019. Semua pengawas juga perlu sentiasa mendapatkan maklumat terkini di dalam blog ini atau laman PSS di dalam Frog Vle sekolah.


Jadual Bertugas Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2019

- Penyelaras PSS

MAKLUMAN: Program Gotong Royong Transformasi Kondusif


Program gotong royong transformasi kondusif SK LKTP Chemplak, yang akan diadakan pada 23 & 24 Disember (Siri 1) dan 30 & 31 Disember (Siri 2). Semoga kehadiran tuan puan dapat memeriahkan lagi majlis untuk menaik taraf kelas anak-anak kita untuk sesi pembelajaran dan pemudahcaraan berkonsepkan abad ke 21 pada tahun hadapan.


AKTIVITI SEKOLAH: Operasi 3S Bilik GPK


3 Disember 2018 - Operasi 3S Bilik GPK telah dijalankan oleh barisan pentadbir sendiri. Berikut adalah sisipan kenangan sepanjang aktiviti tersebut.



Cikgu Suhaimi (GPK Kokurikulum) sedang gigih membersih dan mengemas meja beliau dipejabat.


Puan Norazilah (GPK HEM) sedang menyusun sesuatu dengan tekun.


Meja GPK 1 (Puan Siti Norlaila) yang hampir kemas.


AKTIVITI SEKOLAH: Majlis Berkhatan Perdana


Pada 1 Disember 2018 yang lalu, satu majlis gabungan anjuran PPBM Cawangan Felda Chemplak dan Anak Felda Chemplak, dengan kerjasama SK LKTP Chemplak, Felda, Majlis Tempatan, KRT, Bomba Cawangan Labis dan Madu Tiga Sdn. Bhd. telah mengadakan Majlis Khatan Perdana yang bertempat di SK LKTP Chemplak, Labis.

Berikut adalah sisipan kenangan sepanjang majlis dijalankan.







Tuan Guru Besar, Encik Zulkefli Bin Abdullah bergambar kenang-kenangan bersama salah seorang peserta khatan perdana.



Peserta sedang menunggu giliran dengan penuh debaran.



Khidmat bantuan Bomba Cawangan Labis untuk salah satu aktiviti majlis khatan perdana ini.






Plaque penghargaan daripada Parti Bersatu dan Pertubuhan Anak Kebangsaan

Diharapkan agar majlis seperti ini akan dapat dijalankan lagi pada masa hadapan. #felchemphebat