Friday, January 4, 2019

AKTIVITI PSS: Mesyuarat Pengawas PSS Bil. 1 dan Program Gotong Royong Perdana


Pada 05 Januari 2019, program gotong royong perdana PSS SK LKTP Chemplak telah dijalankan di Pusat Sumber Sekolah. Seramai 22 orang pengawas pusat sumber telah mengambil bahagian dalam program ini serta dibantu oleh oleh penyelaras PSS, Encik Zalman Fitrie Bin Othman, Encik Alimi Haikal Bin Ngah @ Mohamed dan dirasmikan oleh Puan Siti Norlaila Binti Sedek, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Chemplak.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan GPK 1 dan taklimat program. Program dimulakan dengan mesyuarat Pengawas Pusat Sumber PSS dan pelantikan JK PSS 2019 serta penerangan aktiviti PSS 2019, sedut-sudut khas PSS, jadual waktu bertugas, blog sekolah, promosi PSS dan sebagainya.. Kemudian, program gotong royong bermula dengan proses menyusun buku dan membersihkan rak-rak buku.

Buku-buku disusun mengikut pengelasan buku agar memudahkan proses pencarian buku. Program dihentikan seketika untuk memberikan peluang kepada pengawas PSS untuk berehat pada jam 10.00 pagi dan menikmati makanan yang dibawa (potluck) dan makanan sumbangan Puan Rohayu (ibu kepada salah seorang pengawas PSS - Mohd Azam Hariz Bin Fawzan).

Program disambung pada jam 10.30 pagi sehingga jam 1.20 tengah hari. Sebelum bersurai, penyelaras memberikan ucapan penghargaan kepada semua yang telah terlibat dan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam program ini.

Majlis bersurai tepat jam 1.30 tengah hari.

Berikut adalah sebahagian daripada aksi yang sempat dirakamkan.


Taklimat program oleh penyelaras PSS.



Pelajar mendengar taklmat.


Penyelaras dan rakan sedang menyemak kehadiran.



Sumbangan makanan oleh ibubapa pelajar dan Puan Rohayu.




Perasmian program oleh Puan Siti Norlaila Binti Sedek, GPK 1.




Mesyuarat Pengawas Pusat Sumber Kali Pertama 2019.





Pelajar menikmati juadah yang disumbangkan.



Antara juadah yang disumbangkan oleh ibubapa pelajar.




Gotong royong menyusun buku.




Suasana ketika gotong royong sedang dijalankan.







Wajah keceriaan dalam kepenatan.





0 comments:

Post a Comment