Wednesday, December 5, 2018

INFO: e-IQRA' Perpustakaan Digital


JK PSS SK LKTP Chemplak telah mencipta laman untuk bacaan secara atas talian buat semua pelajar. Laman yang dipanggil e-Iqra' itu menempatkan bahan-bahan bacaan atas talian untuk pelajar-pelajar sekolah ini khasnya. *Klik web version jika anda menggunakan telefon pintar untuk melayari e-Iqra ini.

Anda boleh ke laman bacaan tersebut dengan hanya mengklik logo e-Iqra' dibahagian kanan blog ini. Buat masa ini, tiada kata laluan akan diset kepada laman tersebut. Pelajar juga boleh merekodkan bacaan anda didalam buku rekod NILAM dibawah kategori Bahan Bukan Buku.


Logo e-Iqra'
Perpustakaan Digital SK LKTP Chemplak

Kepada pelajar yang berminat untuk menulis dan menerbitkan e-buku anda, sila berhubung dengan Penyelaras PSS (Cikgu Fitrie Othman) untuk makluman lanjut. e-buku anda akan dimuat naik di e-Iqra' untuk menjadi salah satu bahan bacaan buat anda dan rakan-rakan anda.

0 comments:

Post a Comment