Tuesday, January 8, 2019

INFO PSS: Lawatan Dan Pemantauan Dari Pegawai PPD Segamat


Pada 7 Januari yang lalu, SK LKTP Chemplak telah dilawati oleh Cikgu Haji Sazali Bin Ahmad, Pegawai SIP+ PPD Segamat. Dalam rangka lawatan dan pemantauan beliau, beliau bersama-sama Encik Zulkefli Bin Ahmad, Guru Besar SK LKTP Chemplak telah berkesempatan untuk melawat Pusat Sumber Sekolah.

Penyelaras sempat menerangkan serba sedikit aktiviti PSS sepanjang tahun dan mengenalkan Perpustakaan Digital e-Iqra' PSS SK LKTP Chemplak kepada beliau. Beliau juga kelihatan berminat dengan inovasi ini dan mencadangkan Tuan Guru Besar untuk menjadikannya Program Amalan Baik. Berikut adalah beberapa bingkisan yang sempat dirakamkan.



Cikgu Haji Sazali Bin Ahmad (Pegawai SIP+ PPD Segamat) bersama Cikgu Zulkefli Bin Ahmad (Guru Besar SK LKTP Chemplak) bergambar kenang-kenangan.






Penyelaras PSS memerangkan tentang Perpustakaan Digital e-Iqra' kepada Cikgu Haji Sazali Bin Ahmad.





0 comments:

Post a Comment