Sebagai mana kita sedia maklum, murid-murid masih belum memliliki buku rekod Nilam untuk tahun 2019. Kepada yang memiliki buku rekod Nilam, teruskan seperti biasa mengisikan bacaan anda didalam buku tersebut. Kepada yang tidak mempunyai buku rekod Nilam, kami menyediakan alternatif untuk anda mengisi buku rekod Nilam. Rekod ini akan disimpan dan diserahkan kepada guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris anda tahun hadapan untuk diuruskan.
Disini, kami sertakan tutorial mengisi Rekod Nilam e-Iqra' Online.
Klik pada logo e-Iqra'. Kemudian, dibahagian kanan panel laman blog e-Iqra', pilih 'Rekod Nilam e-Iqra''. Lihat gambar dibawah. Klik 'Isi Rekod Bacaan'.
Anda akan dibawa ke pautan Google Form Rekod Nilam e-Iqra' seperti dibawah ini.
Isikan makluman seperti yang diminta di dalam borang tersebut.
Isikan maklumat seperti yang diminta. (Nota: Jika tiada nama pengarang dan penerbit, gunakan simbol ini '-' (dash @ tolak).
Untuk kategori bacaan buku, pilih sama ada Kategori Bacaan e-Buku ATAU Kategori Bacaan Bukan e-Buku SAHAJA. (Pilih salah satu)
Isikan rumusan, dan aktiviti.
Setelah klik pada 'Submit', semua rekod anda telah disimpan.
Lakukan perekodan ini setiap kali anda membaca bahan-bahan dari Perpustakaan Digital e-Ikra' atau mana-mana sumber internet. Selamat membaca!
Terbaik Sir Zalman Fitri.
ReplyDeleteTahniah!
tq.. tp tu gambar zaman bila tu? haha
DeleteTeruskan usaha yang baik2 ya...
ReplyDeleteTahniah...boleh jd calon icon skc ni..😍
ReplyDelete