Tuesday, January 15, 2019

AKTIVITI PSS: Transformasi PSS (Curb Appeal 2)


Projek Tranformasi Kondusif (Curb Appeal 2) ini menfokuskan kepada curb appeal (tarikan luaran) PSS. Kami menggunakan meja kopi yang ingin dibuang dan menjadikannya sebagai bangku untuk memakai kasut dan juga sebagai tempat pelajar membaca sewaktu menunggu kelas dan sebagainya.

Rak buku lama juga kami transformasikan menjadi rak kasut pelajar dengan mengecatnya dengan cat hitam agar tahan lama dan bersesuaian dengan tema hitam merah. Kami juga meletakkan bingkai gambar yang mempunyai kata-kata motivasi dan beberapa keping gambar sebagai hiasan.






Pekerja swasta sekolah membantu memakukan kayu untuk mengukukan meja, sebelum ianya di cat untuk ditransformasikan sebagai bangku rehat yang diletakkan dipintu luar PSS.




0 comments:

Post a Comment