PUSAT SUMBER SEKOLAH SK LKTP CHEMPLAK

Membudayakan Ilmu, Mengoptimumkan Sumber

Visi PSS SK LKTP Chemplak

Kami komited untuk mencapai visi dan misi kami.

Misi PSS SK LKTP Chemplak

Kami komited untuk mencapai visi dan misi kami.

4 bidang utama PSS SK LKTP Chemplak

Menjayakan aspirasi pendidikan dan melaksanakan tugas selaras dengan 4 bidang utama Pusat Sumber Sekolah

Motto PSS SK LKTP Chemplak

Membudayakan Ilmu, Mengoptimumkan Sumber

Tuesday, January 1, 2019

INFO: Gotong Royong Perdana PSS 2019


Gotong royong perdana PSS 2019 kali pertama akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 05 Januari 2019
Masa : 8.00 pagi - 1.30 tengah hari
Hari : Ahad
Tempat : Pusat Sumber Sekolah, SK LKTP Chemplak

Semua pengawas PSS diminta untuk hadir dan membawa bersama-sama kelengkapan membersihkan PSS seperti kain buruk, penyapu, baldi, sabun, mop dan sebagainya. Ingin dimaklumkan juga, pelajar diminta untuk membawa makanan sendiri (potluck) untuk pelajar bersama-sama berkongsi makanan dan minuman bersama rakan pengawas pss yang lain. Untuk makluman lanjut, sila hubungi penyelaras PSS sekolah anda. Terima kasih.


Sunday, December 30, 2018

AKTIVITI PSS: Gotong Royong Kondusif


Pada 23 & 24 Disember dan 30 & 31 Disember, aktitivi Gotong Royong Kondusif telah dijalankan di sekolah dengan bantuan ibu bapa, pelajar dan penduduk setempat untuk menaik taraf kelas dan bilik-bilik khas. Pusat sumber sekolah tidak terkecuali. Antara aktiviti gotong royong PSS pada program ini ialah mengubah suai kedudukan perabot dan membina sudut-sudut khas di dalam PSS.

Walau bagaimana pun, masih banyak yang perlu dilakukan antaranya melabel rak buku, menyusun dan melabel buku-buku bacaan dan sebagainya. Aktiviti akan disambung semasa Gotong Royong Perdana PSS 2019 yang akan diadakan pada 5 Januari 2019 nanti.

Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan.


Sudut ICT


Sudut Santai


Pintu Masuk PSS


Ruang Rehat Guru & Mini Cafe


Kedudukan Meja PSS


Kaunter Sirkulasi


Papan Kenyataan PSS


Ruang Rehat Guru dan Mini Cafe


Wednesday, December 19, 2018

INFO: JK PSS (Versi Poster Filem)





Saturday, December 15, 2018

MAKLUMAN: Penanda Buku Percuma


Hai adik-adik semua. Berminat untuk memiliki set penanda buku dinosaur ini?




Jika ya, adik-adik hanya perlu membaca 5 buah buku di dalam Perpustakaan Digital e-Iqra' dan merekodkan bacaan adik-adik dalam Rekod Nilam Online - klik untuk membaca cara-cara merekod bacaan.

5 pembaca terawal akan dipilih untuk menerima set penanda buku ini. Rujuk poster dibawah.


Terhad kepada pelajar SK LKTP Chemplak sahaja.

Wednesday, December 12, 2018

TERBITAN: e-Buku Pertama Keluaran e-Iqra' Chemplak


Dengan rasa sukacitanya, kami mempersembahkan e-book pertama terbitan e-Iqra' Chemplak untuk bacaan murid-murid SK LKTP Chemplak hasil tulisan dan ilustasi dari salah seorang guru kami. 


Ini adalah satu inisiatif PSS SK LKTP Chemplak untuk memperbanyakkan bahan bacaan di dalam perpustakaan digital e-Iqra' Chemplak kami. Dengan terbitnya e-buku seperti ini (hasil penulisan guru-guru) dapat meningkatkan lagi minat membaca dikalangan murid-murid.

Klik di sini untuk membaca : Adell's Little Cat

Tuesday, December 11, 2018

INFO: 'Teaser' Projek Mega PSS 2019


Salah satu Projek Mega PSS 2019. Akan datang. Cadangan kolaborasi antara PSS SK LKTP Chemplak dengan Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni Visual sekolah dan sekolah-sekolah lain yang berminat. Nantikan makluman lanjut.