PUSAT SUMBER SEKOLAH SK LKTP CHEMPLAK

Membudayakan Ilmu, Mengoptimumkan Sumber

Visi PSS SK LKTP Chemplak

Kami komited untuk mencapai visi dan misi kami.

Misi PSS SK LKTP Chemplak

Kami komited untuk mencapai visi dan misi kami.

4 bidang utama PSS SK LKTP Chemplak

Menjayakan aspirasi pendidikan dan melaksanakan tugas selaras dengan 4 bidang utama Pusat Sumber Sekolah

Motto PSS SK LKTP Chemplak

Membudayakan Ilmu, Mengoptimumkan Sumber

Tuesday, January 15, 2019

AKTIVITI PSS: Transformasi PSS (Curb Appeal 2)


Projek Tranformasi Kondusif (Curb Appeal 2) ini menfokuskan kepada curb appeal (tarikan luaran) PSS. Kami menggunakan meja kopi yang ingin dibuang dan menjadikannya sebagai bangku untuk memakai kasut dan juga sebagai tempat pelajar membaca sewaktu menunggu kelas dan sebagainya.

Rak buku lama juga kami transformasikan menjadi rak kasut pelajar dengan mengecatnya dengan cat hitam agar tahan lama dan bersesuaian dengan tema hitam merah. Kami juga meletakkan bingkai gambar yang mempunyai kata-kata motivasi dan beberapa keping gambar sebagai hiasan.






Pekerja swasta sekolah membantu memakukan kayu untuk mengukukan meja, sebelum ianya di cat untuk ditransformasikan sebagai bangku rehat yang diletakkan dipintu luar PSS.




AKTIVITI: Transformasi Kondusif PSS 2 (Curb Appeal)


Antara aktiviti PSS ialah selain menceriakan dalama PSS, kami juga berhasrat menjadikan bahagian luar PSS kondusif dan menarik (curb appeal) juga kepada pelajar-pelajar dan warga sekolah. Antara projek pertama ialah menceriakan papan kenyataan PSS dan mengisi papan kenyataan dengan info-info berkaitan PSS.

Projek ini dijalankan selama sehari (Rabu, 9.1.2019). Berikut adalah gambar sebelum dan selepas transformasi papan kenyataan PSS yang terletak di depan PSS.







MAKLUMAN: Anugerah Penarafan 5 Bintang Bilik Kondusif


Pada perhimpunan mingguan sekolah yang lalu, (Ahad, 13.01.2019) Pusat Sumber Sekolah telah dinobatkan sebagai Bilik Kondusif dan anugerah pertama yang diadakan disekolah ini. JK PSS mengucapkan jutaan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua JK PSS, pengawas PSS dan semua kakitangan sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program gotong-royong perdana tempoh hari.

Tidak dilupakan juga kepada semua penyumbang-penyumbang PSS yang telah sedik sebanyak membantu dari segi kewangan untuk menjadikan PSS sekolah ini selesa dan kondusif untuk semua pelajar dan guru. Tahniah kepada semua. 


Tuesday, January 8, 2019

INFO PSS: Lawatan Dan Pemantauan Dari Pegawai PPD Segamat


Pada 7 Januari yang lalu, SK LKTP Chemplak telah dilawati oleh Cikgu Haji Sazali Bin Ahmad, Pegawai SIP+ PPD Segamat. Dalam rangka lawatan dan pemantauan beliau, beliau bersama-sama Encik Zulkefli Bin Ahmad, Guru Besar SK LKTP Chemplak telah berkesempatan untuk melawat Pusat Sumber Sekolah.

Penyelaras sempat menerangkan serba sedikit aktiviti PSS sepanjang tahun dan mengenalkan Perpustakaan Digital e-Iqra' PSS SK LKTP Chemplak kepada beliau. Beliau juga kelihatan berminat dengan inovasi ini dan mencadangkan Tuan Guru Besar untuk menjadikannya Program Amalan Baik. Berikut adalah beberapa bingkisan yang sempat dirakamkan.



Cikgu Haji Sazali Bin Ahmad (Pegawai SIP+ PPD Segamat) bersama Cikgu Zulkefli Bin Ahmad (Guru Besar SK LKTP Chemplak) bergambar kenang-kenangan.






Penyelaras PSS memerangkan tentang Perpustakaan Digital e-Iqra' kepada Cikgu Haji Sazali Bin Ahmad.





Friday, January 4, 2019

AKTIVITI PSS: Mesyuarat Pengawas PSS Bil. 1 dan Program Gotong Royong Perdana


Pada 05 Januari 2019, program gotong royong perdana PSS SK LKTP Chemplak telah dijalankan di Pusat Sumber Sekolah. Seramai 22 orang pengawas pusat sumber telah mengambil bahagian dalam program ini serta dibantu oleh oleh penyelaras PSS, Encik Zalman Fitrie Bin Othman, Encik Alimi Haikal Bin Ngah @ Mohamed dan dirasmikan oleh Puan Siti Norlaila Binti Sedek, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Chemplak.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan GPK 1 dan taklimat program. Program dimulakan dengan mesyuarat Pengawas Pusat Sumber PSS dan pelantikan JK PSS 2019 serta penerangan aktiviti PSS 2019, sedut-sudut khas PSS, jadual waktu bertugas, blog sekolah, promosi PSS dan sebagainya.. Kemudian, program gotong royong bermula dengan proses menyusun buku dan membersihkan rak-rak buku.

Buku-buku disusun mengikut pengelasan buku agar memudahkan proses pencarian buku. Program dihentikan seketika untuk memberikan peluang kepada pengawas PSS untuk berehat pada jam 10.00 pagi dan menikmati makanan yang dibawa (potluck) dan makanan sumbangan Puan Rohayu (ibu kepada salah seorang pengawas PSS - Mohd Azam Hariz Bin Fawzan).

Program disambung pada jam 10.30 pagi sehingga jam 1.20 tengah hari. Sebelum bersurai, penyelaras memberikan ucapan penghargaan kepada semua yang telah terlibat dan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam program ini.

Majlis bersurai tepat jam 1.30 tengah hari.

Berikut adalah sebahagian daripada aksi yang sempat dirakamkan.


Taklimat program oleh penyelaras PSS.



Pelajar mendengar taklmat.


Penyelaras dan rakan sedang menyemak kehadiran.



Sumbangan makanan oleh ibubapa pelajar dan Puan Rohayu.




Perasmian program oleh Puan Siti Norlaila Binti Sedek, GPK 1.




Mesyuarat Pengawas Pusat Sumber Kali Pertama 2019.





Pelajar menikmati juadah yang disumbangkan.



Antara juadah yang disumbangkan oleh ibubapa pelajar.




Gotong royong menyusun buku.




Suasana ketika gotong royong sedang dijalankan.







Wajah keceriaan dalam kepenatan.