PUSAT SUMBER SEKOLAH SK LKTP CHEMPLAK

Membudayakan Ilmu, Mengoptimumkan Sumber

Tuesday, January 15, 2019

AKTIVITI PSS: Transformasi PSS (Curb Appeal 2)

Projek Tranformasi Kondusif (Curb Appeal 2) ini menfokuskan kepada curb appeal (tarikan luaran) PSS. Kami menggunakan meja kopi yang ingin dibuang dan menjadikannya sebagai bangku untuk memakai kasut dan juga sebagai tempat pelajar membaca sewaktu menunggu kelas dan sebagainya. Rak buku lama juga kami transformasikan menjadi rak kasut pelajar dengan mengecatnya dengan cat hitam agar tahan lama dan bersesuaian dengan tema hitam merah. Kami...

AKTIVITI: Transformasi Kondusif PSS 2 (Curb Appeal)

Antara aktiviti PSS ialah selain menceriakan dalama PSS, kami juga berhasrat menjadikan bahagian luar PSS kondusif dan menarik (curb appeal) juga kepada pelajar-pelajar dan warga sekolah. Antara projek pertama ialah menceriakan papan kenyataan PSS dan mengisi papan kenyataan dengan info-info berkaitan PSS. Projek ini dijalankan selama sehari (Rabu, 9.1.2019). Berikut adalah gambar sebelum dan selepas transformasi papan kenyataan PSS yang...

MAKLUMAN: Anugerah Penarafan 5 Bintang Bilik Kondusif

Pada perhimpunan mingguan sekolah yang lalu, (Ahad, 13.01.2019) Pusat Sumber Sekolah telah dinobatkan sebagai Bilik Kondusif dan anugerah pertama yang diadakan disekolah ini. JK PSS mengucapkan jutaan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua JK PSS, pengawas PSS dan semua kakitangan sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program gotong-royong perdana tempoh hari. Tidak dilupakan juga kepada semua...

Tuesday, January 8, 2019

INFO PSS: Lawatan Dan Pemantauan Dari Pegawai PPD Segamat

Pada 7 Januari yang lalu, SK LKTP Chemplak telah dilawati oleh Cikgu Haji Sazali Bin Ahmad, Pegawai SIP+ PPD Segamat. Dalam rangka lawatan dan pemantauan beliau, beliau bersama-sama Encik Zulkefli Bin Ahmad, Guru Besar SK LKTP Chemplak telah berkesempatan untuk melawat Pusat Sumber Sekolah. Penyelaras sempat menerangkan serba sedikit aktiviti PSS sepanjang tahun dan mengenalkan Perpustakaan Digital e-Iqra' PSS SK LKTP Chemplak kepada beliau....

Friday, January 4, 2019

AKTIVITI PSS: Mesyuarat Pengawas PSS Bil. 1 dan Program Gotong Royong Perdana

Pada 05 Januari 2019, program gotong royong perdana PSS SK LKTP Chemplak telah dijalankan di Pusat Sumber Sekolah. Seramai 22 orang pengawas pusat sumber telah mengambil bahagian dalam program ini serta dibantu oleh oleh penyelaras PSS, Encik Zalman Fitrie Bin Othman, Encik Alimi Haikal Bin Ngah @ Mohamed dan dirasmikan oleh Puan Siti Norlaila Binti Sedek, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Chemplak. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan...