Sunday, December 2, 2018

SALAM INFORMASI, SALAM FELCHEM HEBAT


Untuk pertama kalinya, Pusat Sumber Sekolah SK LKTP Chemplak, melancarkan blog sulungnya kepada umum, khasnya kepada pelajar-pelajar, warga sekolah dan komuniti setempat. Blog ini, tidak lain dan tidak bukan, adalah salah satu platform dan inisiatif JK PSS 2019, untuk menyalurkan maklumat tentang PSS, berkongsi aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan, serta menjadi sumber rujukan kepada hal-hal yang berkaitan dengan sekolah.

Mengikut perancangan PSS SK LKTP Chemplak 2019, blog ini akan secara rasminya dilancarkan sekitar bulan April 2019 bersama-sama dengan pelancaran Bilik Persada Ilmu dan wajah baru PSS. Namun, kami komited akan menyalurkan maklumat dan aktiviti-aktiviti semasa mulai sekarang. Diharapkan segala apa yang dirancang akan mencapai matlamat dan objektifnya. 

- Penyelaras PSS 2019

0 comments:

Post a Comment