Pada 23 & 24 Disember dan 30 & 31 Disember, aktitivi Gotong Royong Kondusif telah dijalankan di sekolah dengan bantuan ibu bapa, pelajar dan penduduk setempat untuk menaik taraf kelas dan bilik-bilik khas. Pusat sumber sekolah tidak terkecuali. Antara aktiviti gotong royong PSS pada program ini ialah mengubah suai kedudukan perabot dan membina sudut-sudut khas di dalam PSS.
Walau bagaimana pun, masih banyak yang perlu dilakukan antaranya melabel rak buku, menyusun dan melabel buku-buku bacaan dan sebagainya. Aktiviti akan disambung semasa Gotong Royong Perdana PSS 2019 yang akan diadakan pada 5 Januari 2019 nanti.
Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan.
Sudut ICT
Sudut Santai
Pintu Masuk PSS
Ruang Rehat Guru & Mini Cafe
Kedudukan Meja PSS
Kaunter Sirkulasi
Papan Kenyataan PSS
Ruang Rehat Guru dan Mini Cafe